Tuesday, April 14, 2015

PENGENALAN MATEMATIK

PENDAHULUAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.
Matematik ialah antara satu bidang terpenting dalam usaha pembinaan insan, berasaskan kepada Falsafah Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa releven. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) bagi mata pelajaran Matematik telah diolah dan disusun semula. Penyusunan semula telah mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya.

RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH
Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi
intelektual individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik.
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan daya penggerak murid mempelajari Matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.




MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Standard Matematik  Sekolah Rendah  adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea Matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik  secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.


OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik membolehkan murid :

  1. Memahami dan mengaplikasikan konsep dan kemahiran  Matematik dalam pelbagai konteks.
  2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri , Perkaitan dan Statistik.
  3. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea Matematik, di antara bidang Matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
  4. Berkomunikasi menggunakan idea Matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
  5.  Menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik untuk diaplikasikan dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
  6. Berfikir, menaakul, dan membuat penerokaan secara Matematik dalam kehidupan harian.
  7. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampakan idea Matematik dan perkaitannya.
  8. Menghargai dan menghayati keindahan Matematik.
  9.  Menggunakan pelbagai peralatan Matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu Matematik.

BIDANG PEMBELAJARAN

Kandungan Matematik dirangkumkan mengikut empat bidang pembelajarn iaitu :

  1. Nombor dan operasi
  2. Sukatan dan Geometri
  3. Perkaitan Algebra  
  4. Statistik dan Kebarangkalian

Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah ( KSSR ) digubah dengan memberi penekanan kepada :

  1. Standard Kandungan
  2. Standard Pembelajaran.             

KUIZ 1

PECAHAN


KUIZ 2

WANG


KUIZ 3

MASA DAN WAKTU


PERMAINAN

MARI KITA MEMAINKAN PERMAINAN PECAHAN.

CARI BENTUK-BENTUK 3D YANG TERSEMBUNYI DALAM GAMBAR INI

SEMOGA BERJAYA...


BENTUK 3D

MARI MENGENALI BENTUK 3D







VIDEO


Mari Kenal Waktu


Pagi


Petang



Malam





WANG

MARI MENGENALI 

WANG MALAYSIA












VIDEO


PECAHAN

PECAHAN







VIDEO PECAHAN